PUTRAJAYA: Kerajaan MADANI tidak pernah meminggirkan kaum India malah pelbagai inisiatif telah dilaksanakan bagi memperkasa komuniti berkenaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata kerajaan mengambil pendekatan untuk membantu setiap segmen masyarakat tanpa mengetepikan mana-mana golongan.
"Kita ambil pendekatan untuk membantu (Bumiputera) tetapi ini tidak bermakna zero-sum game, tolong Melayu maknanya kita pinggirkan (golongan lain), tidak.
"...sebab itu saya tegaskan dengan masyarakat India janganlah marah atau cemburu tentang program Bumiputera. Tanya apa yang perlu kita lakukan, kewarganegaraan orang yang berhak, yang ketinggalan... 50, 60 tahun dulu lahir di Malaysia tak dapat (kewarganegaraan). Itu kita selesaikan dan ini kali pertama yang selesai begitu banyak oleh Kementerian Dalam Negeri," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program 'Soal Jawab Perdana Menteri' bersama empat stesen televisyen tempatan malam ini.
Anwar berkata antara bantuan khusus buat kaum itu adalah menerusi Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) dengan peruntukan RM100 juta bagi program pembangunan sosioekonomi masyarakat India manakala sejumlah RM30 juta diperuntukkan di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) dalam Belanjawan 2024.
Difahamkan peruntukan menerusi MITRA itu antaranya merangkumi program pendidikan termasuk latihan kemahiran dan bantuan kewangan bagi menampung yuran pengajian di institut pengajian tinggi kepada keluarga B40 India; di samping program pembangunan keusahawanan dan kerjaya masyarakat India termasuk dalam bidang pertanian dan ekonomi gig.
Ia juga termasuk program pembangunan sosial dan kebajikan, kerohanian dan kesejahteraan masyarakat India, juga dalam aspek kebudayaan, bahasa, kerohanian dan kesukanan, terutama kepada kelompok masyarakat B40.
Peruntukan RM30 juta di bawah TEKUN itu adalah bagi menyediakan Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India (SPUMI), untuk menyediakan kemudahan pembiayaan mikro secara cepat dan mudah kepada usahawan dalam kalangan kaum India.
Selain itu Anwar berkata inisiatif lain termasuk peruntukan dana khas RM50 juta melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi memperkasakan usahawan wanita India, di samping agensi berkaitan kerajaan iaitu Petronas juga menyediakan biasiswa untuk kaum India, dan syarikat itu turut menggajikan hampir 1,000 petugas dari kalangan kaum India, namun perkara itu tidak diuar-uarkan.
Katanya dalam pelaksanaan sistem meritokrasi, isu yang paling utama adalah kesamarataan, peluang kesaksamaan dan keadilan.
Sementara itu, Anwar menepis dakwaan kerajaan tidak membantu kaum India selain menyifatkan terdapat sesetengah pihak berkepentingan dan kaya cuba menghasut untuk mempengaruhi masyarakat India.
"Jangan katakan belum dapat apa-apa, saya nak tekankan ketimbang tahun-tahun yang lalu. Ini yang paling banyak kita berikan kepada Bumiputera, dan ini juga yang paling banyak kita berikan kepada masyarakat India.
"..ataupun melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) untuk Sabah dan Sarawak dan untuk perhatian kepada masyarakat Cina melalui perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang berjumlah puluhan bilion ringgit," katanya.
Beliau berkata kerajaan menerusi Kementerian Pendidikan turut memberikan peruntukan kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil dan Cina bagi tujuan penyelenggaraan.
"Janganlah dengar pada satu, dua orang yang menghasut (pemberian kerajaan) RM50juta untuk sekolah Cina. Padahal semasa Perikatan Nasional (PN) pun bagi, semasa Barisan Nasional (BN) pun bagi ... tak ada masalah yang kita beri pada sekolah kebangsaan itu berbilion ringgit - ini sikap yang saya kata secara halus menghasut dan membenci," katanya.
Temu bual khas hampir sejam bersama Perdana Menteri Malaysia Ke-10 itu dikendalikan penyampai RTM Sayed Munawar Sayed Mustar, Pasha Abdul Rahim (Bernama TV), Muhammad Zulfitri Yusof (Astro Awani) dan Azaria Tagaya (TV3).
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 01 2024
Anwar berkata kerajaan mengambil pendekatan untuk membantu setiap segmen masyarakat tanpa mengetepikan mana-mana golongan. - Gambar JPO
Baling bom petrol di pusat hiburan: Dua lagi lelaki didakwa
Dua lelaki mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan khianat dengan membaling bom petrol di sebuah pusat hiburan di ibu kota.
12 terbunuh dipanah petir di Bengal Barat, India
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan beberapa lagi mangsa cedera pada Khamis akibat dipanah petir di Bengal Barat, di timur India.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Ambil tindakan tegas ke atas pihak lakukan kekacauan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan di Malaysia sehingga meragut nyawa.
ABIM gesa rakyat bertenang, serahkan siasatan kepada PDRM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa rakyat untuk bertenang dan menyerahkan sepenuhnya siasatan serta tindakan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa berkaitan.
Keganasan terhadap pegawai polis, satu tindakan mengerikan
Membunuh, menyebabkan kecederaan yang teruk dan pencerobohan serta keganasan terhadap pegawai polis di balai polis adalah satu tindakan mengerikan dan kejam.
MEASAT, mudah Healthtech wujud Kiosk telekesihatan pertama
Melalui platform Sihat Xpress, penduduk kampung boleh menggunakan kiosk telekesihatan untuk memeriksa tahap oksigen, tekanan darah, suhu badan dan kandungan gula dalam darah, selain berunding dengan doktor secara dalam talian.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: KPN zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa
Ketua Polis Negara menzahirkan ucapan takziah buat ahli keluarga dua anggota polis yang maut dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram pagi tadi.
AWANI Ringkas: Siasatan termasuk bedah siasat | 47 penerbangan mendarat di Madinah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumah dilanda banjir
Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia di sebuah rumah yang dilanda banjir di Kampung Temerlok, Trong dekat Taiping, pagi tadi.
Tanggungjawab jaga kaum India bukan di bahu saya seorang - Sivakumar
Sivakumar berkata, terdapat ramai wakil kaum India di dalam Parlimen yang boleh bersama-sama membantu kerajaan membuat dasar yang seimbang.
RMK-12: Kerajaan rangka strategi sosioekonomi kaum Cina, India
Inisiatif itu selaras dengan aspirasi kerajaan dalam memastikan kesejahteraan isi rumah berpendapatan rendah semua kaum diberi keutamaan.
85 peratus peniaga Melayu di Bazaria Wangsa Maju
Menjawab provokasi segelintir pihak bahawa langkah DBKL memindahkan mereka dari tapak lama itu untuk menghapuskan perniagaan orang Melayu.
Rusuhan kuil: Kerajaan perlu bukti komitmen kepada kaum India - Saravanan
Kerajaan digesa membuktikan komitmen kepada masyarakat India dengan segera mencari penyelesaian dalam insiden di Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 Subang Jaya.
Belanjawan untuk kaum India fokus tangani miskin tegar - Waytha Moorthy
Usaha meningkatkan taraf hidup kaum India adalah fokus penting bagi memastikan jurang sosioekonomi antara kaum dikecilkan.
Parti baharu untuk kaum India tunggu kelulusan RoS
Permohonan untuk penubuhan parti politik baharu itu telah dimajukan kepada RoS oleh jawatankuasa penaja MAP dua minggu lalu.
Perbuatan sabotaj dalam MIC kurang pada PRU14
MIC menjangkakan perbuatan sabotaj dalam kalangan calon parti kaum india itu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti akan berkurangan berbanding pilihan raya sebelum ini.
Kerajaan tidak pinggirkan kaum India di Wilayah Persekutuan
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata masyarakat India diminta tidak melepaskan pelbagai peluang yang disediakan kerajaan.